Saturday 22 March 2014

MATRIKS??? ASASI??? PRA-U atau DIPLOMA????




Assalamualaikum dan salam sejahtera…dah lama Am tak tulis entri….sebabnya ada projek terbaru…projek apa???? Nanti dah success Am cerita ….

Adik2 SPM baru aje lepas amik result…so mesti pening nak pilih apa….matriks ka?? Asasi ka??diploma ka??? Atau STPM?? Atau senang tak payah sambung belajar…

Disini Am ada sedikit kelebihan dan kekurangan benda2 tu….lepas tu bolehlah pilih nak yang mana k>>>>

1)Kolej Matrikulasi ;

  Matriks ni merupakan pilihan kebanyakan students lepasan SPM. Dalam matriks ni ada tiga jenis course>>>pertama sains pure…second sains teknologi  and yang last sekali akaun. Untuk bagikan course ni dye tengok aliran apa yang kita amik masa SPM. Antara kelebihan kita pilih matriks adalah masa yang boleh dikatakan agak singkat jugaklah…sebab apa ??? sebab hanya setahun je kita belajar then lepas habis matriks boleh terus amik degree…

Untungkan??? Let say umur lepas SPM 18…lepas tu kita amek lak matriks… belajar matrik dalam setahun..jadi 19 tahun..then sambung degree untuk 4 tahun…Wah..umur 23 dah graduate dah…muda2 lagi dah ada degree…bangga tak???hehehehe

Keduanya matriks ni ada elaun tau.Lagipun kat sini tak ada yuran.So tak payah bazir duit.Dah untung dah tu. Tapi biasalah elaun pun cukup2 je.Tapi daripada tak ada baik adakan???rezeki gak tu…

Selain pada kelebihan ada gak ketiadaklebihan(ada ke tak dalam kamus dewan??) matriks ni.Firstly,lepas abes matriks banyak persaingan untuk masuk IPT.Rezult yang betul2 stronger baru lepas untuk kourse yang betul2 terbek… sebabnya masa ni students matriks kena bersaing dengan students diploma,asasi n STPM. N for information, pihak IPT akan lebih memandang yang ada diploma, STPM n asasi (ikut ranking tau). So yang dapat pointer yang biasa2 je tu akan tercampak ke mana2 kourse…mangsa UPU.

Next,pembelajaran kat matriks ni so..so..so memenatkan….berdasarkan pengalaman kawan2 kat matriks la…kelas dorang semua full…yelah dalam masa setahun nak cover semua subjek kan….

2) Asasi,

Yang kedua adalah asasi.Hah asasi ni lebih kurang aje dengan matriks.Tapi asasi ni lebih pada pengkhususan.Contohnya ada asasi sains…undang-undang n macam2 lagilah….

Kelebihan dia sama aje macam matriks…masa pendek..kalau buat kat IPTA ada elaun..n satu lagi kelebihan dia adalah pengkususan tu sendiri.Contohnya kalau undang-undanglah…so khusus dalam undang2 jelah..so kalau nak sambung degree dalam undang2 labih senanglah daripada yang matriks punya lepasan..sebab dah ada kemahiran..

Antara kekurangan dia adalah tak boleh nak pilih banyak course..sebab dah khusus..Susah jugak erk..So kalau asasi sains tiba2 nak amik degree x pelik ke tu…hah..mesti pelik kan..tak ada basic tiba2 nak terjun bidang tu.Tu yang susah sikit.lain pada matriks tadi.Matriks tadi kita belajar general..so lebih banyak pilihanlah kan….


3) STPM ;

Hah yang ketiga ni STPM…yang nilah yang ramai budak2 lepasan SPM tak nak pilih sebabnya tak glamourlah…x popularlah..apa kelas pakai baju sekolah…n macam2 lagilah… tapi Am rasa nilah yang paling best….sebabnya….

Pertama sebabnya masa yang tetap.Yelah masa studentskan macam mana? Bangun pagi macam biasa pergi sekolah then petang balik..lagi senangkan sebabnya masa yang tetap.Tak sama macam Matriks or dip yang masanya ada sampai pukul 6 then ada pulak kelas malam.Kalau form 6 biasalah ada jugak kelas smapi petang tu tapi tak adalah teruk sangatkan..so boleh vonsider la lagi.

Second boleh pilih nak sekolah kat mana je…hah..nak sekolah belakang rumah pun boleh..lagi dekat..jimat lagi belanja kan..Duit belanja pun hari-hari boleh mintak kat mak…

  Lagi satu nak habaq… lulusan STPM adalah lebih diberi peluang untuk sambung degree berbanding matriks and asasi…di beri pelunag tu maksudnya hot stufffffff la k… Actually there are a portion untuk kelulusan ke degree…tapi Am lupa macam mana pembahagian dia…Portion tu maknanya kuota…STPM nak berapa orang..matriks nak berapa….n so on….untuk kemasukan ke degree..

Antara kekurangan STPM adalah yang dah Am jelaskan tadi..kena pakai baju sekolah..tak popular..do kat kampong n macam2 tu.. n ada satu lagi… kesukaran tahap STPM adalah antara yang tersukar…hah..based on new rule on STPM sekarang dia guna pakai system macam U..tu namanay PRA U..ada pointer bagai..tu lah salah satu kesukaran dia…


4) DIPLOMA ;

Ni yang last yang Am akan hurai…n yang Am amik jugak..Am tak bious tau..I just talk about experiences yang Am dah lalui…

Antara kelebihan Diploma adalah boleh kerja..Hah..yang nilah yang orang nak kalu kerja..Yang lain tak boleh kerja tau…Asasi..matriks n STPM x boleh kerja lagi…maksud kerja tu kerja yang ada pangkat sikitlah kan…kalau setakat mekdi…kfc tu lepas SPM pun boleh kerja tau…

Tapi pangkat yang biasa2lah..tak adalah tinggi sangat contohnya Penolong Pegawai ke….Diploma ni sesuai untuk orang lelakilah kan coz lelakikan tak minat belajar lama2..belajar 3 tahun boleh kerja…tak payah masuk Matriks..Asasi..n STPM…

N then…masa boleh kerja pun boleh sambung belajar..Sekarang ni kita tahu pengangguran banyak..so kalau kita amik diploma..then lepas 3 tahun boleh kerja..lain kalau amek asasi ke matrik…matriks dah 1 tahun then degree 4 tahun..makan masa 5 tahun…semakin banyak masa semakin tinggi pengangguran…

Kalau kita sambung belajar masa kerja,lepas graduate kita boleh naik pangkat..based on our sijilkan…so kerja dengan diploma..n try untuk naik pangkat dengan sijil yang akan kita perolehi untuk next kita level of our studies…..

Selain pada kelebihan banyak jugak kekurangan diploma ni.First masa yang panjang..yelah 3 tahun untuk diploma aje..tak ke lama tu????? Dan satu lagi untuk diploma kena ada pinjaman…so memakan banyak duit..kalau dapat biasiswa tu huntunglah…tapi kalau tak dapat kenalah pinjam dengan PTPTN ke MARA ke…dalam 15 or 16 ribu jumlahnya…Hisy….muda2 lagi dah banyk hutang…hahahah….Tapi tak pe…PTPTN kan ado….

   
    Ini ajelah yang Am dapat kongsikan untuk entri kali ini…buat adik2 lepasan SPM tu pilih elok…Nak masuk matriks ke…asasi ke…diploma kea tau PRA-U…..jangan menyesal sudahlah…..

  Assalamualaikum…