Saturday 26 January 2013

Maulidur Rasul : Sambutnya dengan Penghayatan


  Setiap tahun,pada 12 Rabiul Awal tentunya kita akan menyambut hari kelahiran junjungan besar kita,Nabi Muhamammad S.A.W.

  Kali ni Am nak post berkenaan dengan maulidur rasul.Walaupun dah terlambat,tapi tak salah untuk kita saling ingat mengingati sesama manusia.Insya Allah..

  Sebenarnya,maulidur rasul bermaksud hari bersejarah kelahiran junjungan besar Rasullallah S.A.W.Baginda telah dilahirkan pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571.Baginda merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah untuk umat manusia.

  Selain daripada maulidur rasul,tarikh ini juga dikenali dengan nama yang lain,antaranya Yaum maulid an-Nabi (hari kelahiran nabi) ,Milad an-Nabi (kelahiran nabi) dan sebagainya yang pastinya ia bermaksud hari kelahiran nabi.

  Untuk meraikan tarikh ini,pelbagai acara tentunya telah direncakan dan dijalankan,antaranya ceramah maulud nabi, perarakan,berselawat dan sebagainya.Yang pentingnya,ia perlu disambut dengan penuh penghayatan dan kesederhanaan.

  Walaupun kita berniat sahaja untuk mengadakan maulud nabi,Inyaalllah niat kita itu akan dibalas oleh Allah dengan pahala.

  Post kali ini jugak Am nak menyeru kepada rakan2 sekalian agar memperbanyakkan berselawat kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W terutamanya pada bulan Rabiul Awal ini.Moga2 kita akan mendapat syafaat baginda di kemudian hari.

  Salam.

  Bereh boh.

Sunday 20 January 2013


  Semua apa khabar?Sihat ke?

  Am sihat2 aje.Assignment makin banyak.Tu yang buat Am busy sikit.Tapi Am gagahkan gak diri ni nak post entry baru untuk korang semua.

  Apa hah Am nak citer kali ni???Minggu ni banyak gak perkara yang Am lalui tapi tak sempat nak update lagi untuk korang semua.Nanti Am update untuk korang okey.

  Minggu ni Am ada researh pasal IPTA yang menawarkan kursus undang2 untuk students kat Malaysia.So Am nak kongsi ilmu ni dengan korang semua.As a public relation dalam flairsoc Im kena build relation dengan diorang.Tolong doakan semuanya baik2 okey.Peace....

  Antara IPTA tersebut ialah :


 1) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • merupakan antara universiti yang telah banyak melahirkan peguam2 dan hakim2 terkenal
  • one of the famous la kira   

2)Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • menawarkan kursus sivil dan syariah.So boleh pilih mana2 satu la.Nak jadi peguam syariah ataupun sivil.

3)Universiti Malaya (UM) :
  • ada 2 kursus boleh pilih.First Sarjana Muda Syariah dan Undang2 ataupun Sarjana Muda Undang2 sahaja.
  • merupakan first choice Am nk smbung LLB nanti tau.

4)Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • menawarkan tamhidi syariah undang2.
  • kalau kawan2 nk tau first choice Am dulu masa pilih UPU adalah USIM n bawah kourse ni la.Tapi tak dapat.HUHUHU.Sedihnyer..  

5)Universiti Teknologi Mara (UiTM) 
  • Selain daripada sarjana muda undang2,UiTM gak menawarkan asasi tau dalam undang2.Tu yang UiTm ni special sikit.

6)Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Ha,ni u Am.Tu yang letak ujung2 tu.Boleh ulas panjang sikit.
  • Ada dua kursus yang ditawarka,fist diploma undang2 macam Am ni.Untuk kourse ni banyak yang Am belajar tapi tak detail macam degree la.
  • Second,degree in law.Hahahaha..ni senior Am yang amik.               

  Okeylah.Tu aje yang Am dapat kongsi untuk post kali ni.Kalau ada kawan2 yang amik kourse law kat U yang Am mention tadi bolehla comment ke chat.Kita boleh change opinion tau.

  Bereh boh.

  Wassalam

Thursday 17 January 2013

Bestnyer Citer Setia Hujung Nyawa

  Assalamualaikum semua...

  Am ni minat gak dengan novel2 melayu,selain daripada novel fantasi Inggeris seperti Harry Potter n karya Enid Blyton.Lain kali Am nak citer pasal novel dye.Tapi kali ni Am nak cerita pasal novel melayu.Novel ni dah diadaptasi ke kaca tv.Tahu tak novel apa??

  Mesti dah tahu coz Am dah stick kat heading utama.Hahahaha..Novelnya bertajuk Setia Hujung Nyawa.Am sure mesti ramai yang tertunggu citer ni tiap2 petang pukul 7.00 kat TV3 kan?macam Am gak.Tapi solat jangan lupa tau.

  Even Am terlepas satu episod coz ada kelas lepas maghrib pun Am akan tengok balik kat tonton.Sweet giler citer dyer.Sweet aje tengok kapel pelakon tu.Nelydia Senrose dengan Amar Asyraf a.k.a Ersalina dengan Zain Hakimi.

  Am nak citer sikit susur galur n sejarah citer ni.Hahaha macam dah berhistory lamanyakan.Sebenarnya citer loving2 ni diadaptasi secara longgar dari novel Setia Hujung Nyawa karya Fatin Nabila.Am take note sikit pasal citer dyer ni:

  • semuanya bermula setelah sofia(tunang Zain Hakimi) dah patah hati nak teruskan perkahwinan dengan Zain ni sebab Datin Adibah (Mak Zain Hakimi) asyik dok pressure dye.Kalau Am pun lari kan??Tapi jangan tiru aksi ni tau..sian kat tunang korang..
  • maka gelabah la DAtin Adibah ni cari pengganti untuk anak dyer tu.Pandai sangat nak pressurekan?
  • terjadilah perkahwinan antara Zain Hakimi dengan Ersalina.Ersalina tu saper??
  • Haaaa..Ersalina tu anak kawan Datin Adibah,Haliza.Sebab utama Haliza kahwinkan anak dyer tu bukan sebab nak tolong kawan tapi sebabnya Ersalina tu dah mengandung.Jadi tak nak malu dia pun terima la lamaran Datin Adibah tu.
  • so,hiduplah diorang sebagai suami isteri.Part ni yang paling sweet.Mula2 tak ada rasa tapi lepas tu barulah tumbuh bibit cinta.
  • tapi tanpa diduga Ersalia keguguran.Kantoi la kan dia hamil sebab Zain Hakimi tak pernah sentuh dia pun lagi.
  • sejak dari tu Zain asyik cemuh n maki dia.Sedih beb.Sampai tahap nak cerai Ersalina.
  • lepas tu Zain ni eksiden n Datin Adibah tahu citer pasal Ersalina ni hamil sebelum nikah lagi.Semangat la Mak Datin ni nak suruh Zain ceraikan Ersalina tu.Masa tu Zain still koma.
  • lepas Zain sedar koma,maka terbongkarlah rahsia lapan tahun lalu yang Zain ni pernah nodai anak dara orang.Kira fair la.Maka insaf la Mak Datin ni.Ersalin pun dah berbaik dengan Zain Hakimi ni.
  • endingnya....happylah kan......sweeeeet sesangat....

  Bagi yang tak tengok lagi citer ni boleh aje tgok kat tonton,lepas tu sambung kat TV3.Sure saper2 yang minat citer loving2 n sweet2 tak menyesal tengok.

Amar Asyraf n Nelydia Senrose .....Swetttttt..


  Okey.Ni ajelah yang Am dapat share pasal citer ni.Hope korang seronok menonntonnya.

  Bereh boh..

  Wassalam.



Monday 14 January 2013

Bengkel Kemahiran Kreatif (Part 2 Bengkel Editorial )

  Assalamualaikum semua...

  Post kali ni Am nak smbung balik citer pasal bengkel penulisan kreatif yang Am sertai minggu lepas.Kali ni part 2.Kisahnya pasal bengkel editorial.

  Apa itu editorial???ha,satu soalan yang bijak.

  Edit merupakan proses suntingan terhadap skrip yang diserahkan penulis kepada editor sebelum diterbitkan.Jadinya sebelum sesuatu artikel,novel ke buku ke apa2 diterbitkan ia perlu melalui proses edit dulu.Dalam bengkel nilah Am belajar proses2 yang ada semasa kerja editorial dilakukan.

  Bengkel ini telah dikendalikan oleh Cik Husna bt Hassan wakil dari penerbitan Telaga Biru.Akak ni kira orang famous la jugak di Telaga Biru.Sekarang ni dia kerja sebagai editor untuk majalah GenQ.

  Banyak topik yang telah akak Husna bincangkan dalam bengkel ni.Antaranya,tentang tugas2 editor,proses editor,gaya penyuntingan,tujuan edit dan macam2 lagi.

  Selepas bengkel ni,Am jadi semakin faham tentang tugas2 seorang editor tu apa.Editor ni merupakan orang kuat dibelakang penghasilan sebuah karya.Huhuhu.Tapi kurang famous sikit dari penulis.Sikit aje tau.

  Editor juga mempunyai maksud dia tersendiri iaitu :


  • E  = evaluating (penilaian)
  • D = delete (kurangkan)
  • I = include (menambah)
  • T = trimming (kemaskan)
  • O = organise (selaraskan)
  • R = review (nilai )

  Okeylah.Tu sahaja post Am pasal bengkel ni.Kalau ada apa2 nak tanya just comment je ok.

  Assalamualaikum.

  Bereh boh.

Bengkel Kemahiran Kreatif (Part 1 : Penulisan )

  Assalamualaikum serta salam sejahtera semua...

  Minat Am terhadap penulisan sebenarnya dah lama berputik.Sejak dari sekolah rendah lagi.Tapi tak tahu macam mana Am  nak mengekspresikan minat dan kecenderungan tu.Tak ada medium yang sesuailah masa tu kan.Tak macam sekarang ada blog,vlog n berbagai lagi yang Am pun tak sempat nak search.

  Start daripada sekolah menengah Am mula berjinak-jinak mula menulis cerpen dan sajak.Tu pun adalah dua tiga yang lepas piawaian kat paper dan majalah.Tersiar la gak.rasa famous la sikit.Hehehehe...yang lain maybe tak lepas piawaian kot.Hahaha.

  Lepas masuk U ni,Am try pulak nak tulis blog.Tu pun sebab wifi kat sini laju.Hahaha.Boleh la Am asah lagi bakatkan?Panjang pulak mukaddimah kali ni.

  Hujung minggu lepas PPKU UniSZA (Persatuan Penerbitan Kreatif Unisza )ada buat satu program bertajuk Bengkel Kemahiran Kreatif.Yurannya cuma RM 3.Berbaloi sesangat jika nak dibandingkan dengan ilmu yang Am akan dapat.So,hujung minggu tu pun Am free,jadinya Am pun join lah progran tu.

  Bengkel tu dipecahkan kepada dua bahagian iaitu kemahiran penulisan dan kemahiran mengedit.Post kali ni Am nak cerita dulu pasal kemahiran penulisan.Untuk kemahiran mengedit tunggu part 2 yer.Ada sambungan tau.

  Okeylah.Untuk Kemahiran penulisan,bengkel ni dikendalikan oleh Bro Hamzah.Kenal tak siapa?kalau nak kenal dia adalah blogger kat langitIllahi.com.Search tau.

  Dalam bengkel tu banyak ilmu berkaitan penulisan yang Am dapat kutip.Untung sangat join ni tau.Yang paling terkesan kat jiwa Am adalah kata-kata dia.Lebih kurang macam ni la kata2 dia :


    "Setiap penulisan perlu ada nilai syurga dan neraka kerana ia adalah cara kita berdakwah secara halus"


  Hah.Kini baru Am sedar.Setiap tulisan Am akan dibaca oleh rakan blogger sekalian.InsyaAllah.Dan jika tulisan Am mengajak ke arah kebaikan dan rakan-rakan sekalian megikut,InsyaAllah Am pun akan mendapat pahala kebaikan yang berterusan.Alhamdulillah.Besarnya menfaat penulisan ni.

  Selain tu Bro Hamzah jugak ada menyelitkan beberapa tips-tips untuk menjadi penulis yang berjaya seperti Habiburahman El-Shirazy..ala yang tulis novel Ayat2 Cinta tu.

  Contohnya penulisan kita perlu ikhlas lahir dari hati,niat hati tak nak publisiti dan cara penulisan tu perlulah moden dan mengikut trend.Maksud ikut trend katsini adalah gaya bahasa penulisan tu mestilah mudah difahami dan santai...take note tau SANTAI !!!

  Sebab tu la orang minat nak baca.Contohnya novel cinta yang tengah popular sekarang,Suami Aku Ustaz.Hahaha.Am pun layan gak tau.Sapa yang dah baca mesti terhibur dengan gaya penulisan dia kan.Simple aje.

  Untuk kali ni tu ajelah yang Am dapat kongsikan dengan kawan2 semua.Am juga kat sini ada selitkan anologi untuk MENULIS tu sendiri daripada Bro Hamzah.



  • M = menembusi hati (gaya penulisan)
  • E  = enjin dakwah sejak berzaman
  • N = nilaian Islam mesej utama
  • U = ubah gagasan manusia
  • L = luruskan pemikiran insani
  • I  = ilmu milik bersama
  • S =senjata berpeluru menyerang musuh


   Assalamualaikum.

   Bereh boh.

 

Sunday 13 January 2013

Gejala Murtad di Malaysia

  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

  Kali ni Am nak share yang benda yang penting dengan korang semua.Maybe hal ini agak berat tapi sesekali kita perlulah lari dari norma masyarakat yang menyenangkan.Ewah2 skema pulakkan Am kali ni.

  Post Am kali ini berkisar satu tajuk pasal murtad.Hah.serius bukan.Alkisahnya macam ni.Am nak cerita pasal benda ni kerana Am ada satu assignment pasal gejala murtad kat Malaysia.So,sebagai student yang bersemangat lagi berdedikasi maka Am pun carilah semua benda dan sumber2 berkaitan dengan hal murtad ni.

 Semua benda la nak kena search.Contohnya (jeng..jeng..jeng..)


  • Apa itu murtad?
  • Sebab2 atau punca2 murtad?
  • Kes2 murtad di Malaysia..
  • Tindakan atau kesan terhadap orang yang murtad..
  • n banyak lagi...
  Macam tulah sedikit sebanyak yang Am search serta cari(sama la tukan?).Kat sini Am nak kongsikan satu buku yang Am kira sangat menarik untuk kawan2 sekalian baca.Promote sikit buku ni.Hehehe...

  Bukunya bertajuk Murtad : Jangan Pandang Sebelah Mata oleh Ann Wan Seng.Sekali sekala promote buku apa salahnyakan?hehehe.Warga blogger pernah dengar tak penulis nama Ann Wan Seng?Kalau yang belum pernah dengar ni Am citer sikit.

  Ann Wan Seng ni sebenarnya seorang mualaf.Muslim la.Alhamdulillah.Dia memeluk Islam pada tahun 1996.Dia ni dah banyak tulis buku.Dah lebih 30 buku dah.Dia juga pernah menulis kat kolum dalam majalah Dewan Kosmik,Dewan Siswa dan banyak lagilah.

  Sebab utama Am share buku ni kat korang adalah sebab Am tertarik dengan satu topik dalam buku ini.Topik itu ialah realiti kes murtad kat Malaysia.Dalam topik ni diceritakan kisah2 murtad yang pernah menggemparkan negara.Contohnya,Aisyah Bukhari,Hartina,Norfazilah n yang paling famous Lina Joy.

  Disebabkan itulah Am rasa terpanggil nak kongsikan pasal tajuk tu kali ni.Sebenarnya banyak lagi kes2 yang masih terperuk kat mahkamah syariah tu.Tapi tak didedahkan.MasyaAllah.Seriusnya.Kalau korang berminat nak beli atau cari buku ni Am ada postkan sekali gambar buku ni.Moga2 kita semua dikuatkan iman.Amin.

karya Ann Wan Seng



  Setakat itulah post Am untuk kali ni.Assalamualaikum semua.

  Bereh boh.



Friday 11 January 2013

Jadi Calon Exco FLAIRSOC

Assalamualaikum semua...

Apa khabar semua??sihat2 ke??

Macam mana dengan tahun baru 2013..mesti meriah kan korang sambut..Am hanya sambut dalam banjir aje..maklumlah kelantankan banjir...Huhuhu..Cuti sem yang selalunya Am gembira sambut pun tak terasa...sedih tak...huhuhu..tolonglah sedih...

Okey kali ni Am ada announcement nak buat dekat korang semua..
Dengar sini semua warga blog..terutamanya pelawat blog bila aku menulis.com(hehehe..riuh sekampung)

Bahawasanya :

Am ni adalah masuk election untuk jadi exco dalam Flairsoc.Flairsoc tu apa?Ha..flairsoc ni persatuan pelajar law kat unisza.Hish.Dah terangkan tyme post pasal movie hour tu.Kalau tak percaya,ada bukti lagi tau.Borang Am mendaftar nak jadi calon..


haha..caya tak??caya tak??
sori la kena pusing sikit kepala  x leh nk edit..












Ni pulak gambar masa election hari tu..

undi jgan tak undi..pilih calon nama faziham ok..hehehe















  Dan keputusannya adalah...

  Am mendapat 27 undi..banyak la tu..daripada 0..dan Am pun dapat la jugak jawatan exco..

  And now Am memegang jawatan sebagai Exco Public Relation dalam Flairsoc.Makin bertambah tugas Am.Assignment pun dah tak terbuat,tamabah lagi dengan yang ni.Tak apa2 ini adalah amanah.Kalau Am lewat post entry tu faham2 ajelah.Tapi InsyaAllah dalam satu minggu Am akan post satu atau lebih entry untuk korang semua.Am janji okey.Hehehe.

  Okey tu ajelah untuk kali ni.Nantikan post Am seterusnya.

  Bereh boh.

  Assalamualaikum.