Sunday 23 December 2012

Movie Hour

  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
 
  First of all Am nak minta maaf sebab dah lama dah tak post entry baru.Dalam 5 hari aje.Kira dah lama dah tu ek?

  Sebabnya bukannya Am sibuk sangat tapi sebab utama adalah kerana wifi kat unisza ni buat hal.Huhuhu.Sian kat Am yang guna wifi ni.Dah lima hari jugak la tak online.

  Banyak cerita yang dah terjadi dalam minggu ni.Am nak cerita la sikit sebanyak.Banyak la jugakkan.Dah lima hari dah tak update.

  First Am nak cerita yang Am join movie hour.Movie hour??korang tau tak movie hour tu ape?meh sini Am terangkan.

  Movie hour tu macam tengok movie la.Tengok movie kat cinema tu.Maklumlah cinema kat sini jauh.Nak tengok kena pergi kat Mesra Mall kat Kerteh.Naik lenguh jugak nak drive dari KT ke Kerteh.Dua jam lebih tu.Movie ni sempena minggu Flaisoc.Flairsoc tu apa?Ha,flairsoc tu persatuan pelajar undang-undang kat unisza ni.

  Movie hour ni diadakan pada malam Khamis.Start pukul 8.30 malam.Walaupun hujan,sanggup tau Am redah semata-mata untuk tengok movie ni.Sebabnya dah lama tak tengok movie kat cinema.Dapat tengok kat sini pun jadi la.Siap ada ahli2 flarians jual popcorn lagi.

  Movie malam tu bertajuk law abiding citizen.Sinopsis dia Am bagilah sikit2 la.Cerita dia pasal sorang laki ni  yang dah commit dengan banyak kes pembunuhan.So,jadi tugas pihak berkuasa nak tangkap dia sebab dah bunuh orang kan.Jadi kena tangkap la mamat tu.

  Tapi menjadi satu kepelikan apabila setelah dia ditangkap dan semua yang ada kaitan dirinya seperti hakim contohnya tetap dibunuh.Nak tahu macam mana boleh jadi macam tu kena tengok yer..

  Penilaian Am  untuk cerita ni?Ok lah kan.Daripada tak dapat tengok kira okey la tu.Am ada gak snap gambar masa tu.Tapi dah lepas tayangan je lah.Sebabnya phone Am cap ayam jer.Tak boleh nak snap tyme gelap2.

  Itu aje untuk kali ni.Assalamualaikum dan salam hormat.

  Bereh boh.

tyme tayang dah lepas daaa..rmai yang dah kuar pon..



Tuesday 18 December 2012

Pengemis 10 sen

Pengemis 10 sen


  Ni post kedua Am sejak aku mengenali dan berkecimpung dalam dunia blog ni.Chewah ayat.Berbunga beb.

  Salam semua.Korang sihat tak beb?kalau tak makan la ubat yer.Tak dapat den nak nolongnyer.

  Best tak tajuk post Am kali ni?pengemis 10 sen.Gempak giler tajuknya.Nak tahu tak kenapa Am buat tajuk tu.Macam ni ceritanya...

  Pagi tadi Am dengan kawan Am ni pergi la kelas dengan harapan yang menggunung tinggi nak belajar.Masa tu ada kelas English.Tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan maka kelas hari tu terpaksa dibatalkan.Hish..kalau tahu la.Awal-awal lagi Am tak datang.sambung tidur jer.Amaran : Jangan meniru perlakuan ini.Hehehe..

  Tapi lecture Am tu dah bagi la tugasan untuk Am dan kawan2 buat.Kira macam tugasan ganti la sebab dia tak dapat adakan kuliah hari ni.Tugasannya,kita orang perlu cari satu artikel,tak kira dalam newspaper or internet tapi pasal sistem pendidikan kat malaysia.About the system of education,university, school or somnething that relate to system of study in Malaysia.

   Kerja ni kena dibuat pair.Duo la.Lelaki dalam kelas Am ada 4 orang ajer.Kita cukup-cukup la tu dua grup.Lelaki dah nak pupus dah.Huhuhu.

  Maka Am dengan partner Am pun dengan bersemangatnya pergilah dekat library universiti ni.Dengan harapan lepas siap kerja tu bolehla balik awal nak tidur.Hampeh...

  Jadi bermulalah misi pencarian Am dalam paper-paper yang berlambak tu.Meliar mata Am mencari tajuk-tajuk pasal education.Akhirnya setelah setengah jam mencari dan sekali sekala baca news-news yang dah lepas terjumpalah Am dengan BFF Am ni dengan satu artikel yang kitaorang rasa sesuailah sangat dengan kehendak lec kami tu.Macam cari harta karun pulak kan.

  So,Am dengan kawan Am ni pergilah kat kedai fotokopi nak buat salinan pasal artikel ni.Nak gunting kesian kat paper  ni.Nanti orang lain nak baca pula.Baik tak Am??hihhihi..

  Dengan girangnya kawan Am ni cakap la kat abang kat tempat kedai photostat tu,

  "bang photostat dua salinan ye,"

  Abang tu dengan penuh dedikasinya pun photostatla paper tu.

  "sepuluh sen dik,"kata abang photostat lepas siap tu.

  Kawan Am pun cari la dalam dompet dia sepuluh sen.Tapi tak de.Ada dua keping RM 50 jer.Dia pun mintak la kat Am sepuluh sen.Abang tu dah pandang lain macam dah kat Am dan kawan Am ni.Ingat kita orang nak gabang dia la tu.Hehehe.

  Am pun cari la kat dalam dompet aku.Pun tak de.Ada RM 50 gak.Baru ambik kat ATM semalam.Takkanlah nak bagi RM 50.Nak ke dia bagi baki RM 49.90Dengan muka tak tahu malu Am pun  cakap kat abang tu.

  "Abang tunggu kejap ye," 

  Abang tu angguk ajer.Am dengan kawan Am pun cari la kawan-kawan kat dalam library ni.Malangnya tak ada sorang pun kawan kitaorang kat sini.Lepak mana entah.Abang tu dah lama tunggu.

  Sekali lagi dengan muka tak tahu malu Am pun jumpalah dengan sorang akak ni.Dengan penuh sopannya Am cakap,

  "Akak ada 10 sen tak?boleh pinjam?"

  Akak tu jawab dengan muka blur + yakin.

  "Tak ada la dik,"

  Dengan hati yang kecewa Am pun melangkahlah pergi.Nak mintak kat siapa ni.Hati Am ni dah cuak ni.10 sen aje.Bukan 10 ringgit pun.

   Nasib baiklah selepas tu ada seorang member Am masuk dalam library tu.Dengan muka penuh mengharap dan kesian Am pun mintaklah kat dia 10 sen. 

  Nasib baiklah dia ada.Alhamdulillah.Dapat la Am ambik salinan fotokopi tu.Kalau tak.....Dialah hero.Hahaha

  Ni sahaja yang Am dapat share hari ni.Bereh boh.

  Wassalam

  p/s;hargailah 10 sen anda.Hehehe..




Artiel yang kita orang fotokopi tadi 

Monday 17 December 2012

Siapa aku???

  Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.Skemanya aku.Eh tak adelah.Salam kan wajib beb.tak jawab dosa tau

  Hebat tak tajuk post aku yang first ni?Hebat giler...(poyo + berlagak)hehehe..macam la aku ni femes sangat nak suruh orang kenal-kenal ni semua.Tapi tak kenal maka tak cinta?betul tak?

  Baiklah.Firstly aku nak kenalkan nama aku.Sejak lahir lagi nama aku faziham bin zulkafli.Tak pernah berubah-ubah.Famili panggil aku ziham.Kawan-kawan lak panggil aku Jihe.Ya,jihe?jihan miskin ke? tak adalah.Jihe jer.Biasa la orang kelantan kan.Nama gelaran tu pelik-pelik.Aku pun dapat nama gelaran yang pelik gak.Sapa yang mulakan ni aku pun dah tak ingat dah.

  Sekarang umur aku 18 tahun.Dah major dah..pandai guna istilah law dah.Sejak belajar law la ni.Huhuhu..
Ayah aku kerja biasa-biasa aje.Tapi berkat dia la aku dapat masuk universiti ni.Aku respek giler beb kat dia.Idola aku tu.Mak aku pulak tak kerja.Dok kat rumah aje.Uruskan kita orang.Sekarang ni boleh la rileks sikit kot.Sebabnya tanggungjawab tu dah kurang sikit.Mak jangan marah yer....

  Adik beradik aku ada 5 orang semuanya.Aku anak yang kelima.Orang cakap aku ni bertuah.Kenapa?sebabnya aku ada akak,abang,adik lelaki dan adik perempuan.Jelek tak?hihihi.Cukup lengkap semuanya.Anak sedara pulak dah ada sorang .InsyaAllah dah nak masuk dua.Alhamdulillah.Murah rezeki aku.

  Hidup aku?Now aku tengah sambung belajar kat Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA).Diploma of Law.Syukur.Ni pun rezeki aku jugak.Kalau tak ada aral tahun 2014 baru lah habis.Lepas tu nak sambung degree in law pulak.Besarnya harapan dan cita-cita aku.Ya tak?Beb,doakan aku yer.Panjang lagi perjalanan aku.

  Nak tahu apa lagi?Ada apa lagi ker?

  Oh,yer.ada satu lagi aku nak citer.Kenapa aku menulis blog ni.korang agak-agak kenapa ye?.macam ni lah aku cerita.One day tu,aku buka la fb aku.Fb aku rahsia tau....hehehe..

  Pastu ada la satu artikel dari blog ranting patah.com ni.Ala yang ada provide citer2 pelik tu.Entry dia hari tu pasal 10 most beautiful and famous blogger in malaysia.Lebih kurang macam tu la kot.Dah lupa la.Lepas tu aku klik la.Nak tengok siapa yang cantik tu.Semuanya ada,Fatin liyana ada,Maria Elina ada dan ada lagilah.Tak ingat aku semuanya.

  So aku pun berminat la nak tahu kenapa diorang boleh femes ni.Jadi nak dipendekkan cerita,aku pun search la blog diorang tu.Ada apa?ada pasal kisah diorang la.Yang anjaibnya,nak tahu tak kenapa blog diaorang boleh terkenal?sebabnya penulisan dia orang yang berbentuk santai jer.Tak payah ni cerita pasal istilah-istilah sains atau sastera atau matematik tu semua.enjoy jer aku baca.Kadang-kadang gelak gak sorang-sorang.Tu la pasal blog dia orang boleh terkenal.

  Alkisahnya dari situlah.Mulalah timbul niat aku nak berblogging ni.Nak jugak aku kongsi kisah hidup aku.Sama ada suka atau duka.Jangan touching yer..hehehe..Ibarat diari aku la.Tapi korang boleh baca.Siap boleh komen lagi tau.Komen jangan tak komen yek..

  Blog aku ni jenis rilek jer.tambahan pula minat aku memang menulis dan merapu apa semua ni.Lagi pun rasanya tak ramai lelaki yang minat menulis blog macam ni.Geng jangan marah yer...aku still ngan korang..hehehe..

  Okey..macam tu ajelah dulu post aku untuk yang first ni.Sekadar pengenalan diri aku siapa.Harapnya korang sudi la terima diri aku sebagai salah seorang blogger..walaupun giler-giler sikit..Tagline aku ada tau..Bereh boh.Jangan lupa nantikan post aku yang seterusnya tau.

  Wassalam...