Wednesday 20 March 2013

Tips-tips Menghadapi Exam






  Study week dah lepas.Sekarang ni Am tengah berperang dengan exam.Rasa stress dan tertekan tu tiap2 malam datang dalam jiwa...alah jiwang lah pulak..pengaruh novel banyak sangat nih...hehehehe....

  Am kadang-kadang fikir macam manalah agaknya result exam Am untuk sem ni.Macam mana kalau tak lepas dan tak capai apa yang Am score.Mesti sedih kan???

  Hah..nak tahu..tulah sebenarnya darimana stress tu berpunca.Berpunca pada diri kita yang tak yakin dengan apa yang kita lakukan.Kita tak yakin yang kita dah buat yang terbaik dah kita rasa kita tak akan berjaya....jadilah tekanan tersebut...

  Kali ni Am nak share tips2 nak hadapi exam..berdasarkan apa yang Am tahu dan pengalam Am sendiri menghadapi exam ni..


1)  Betulkan niat kita hadapi exam :
    • tak dinafikan kebanyakan kita belajar semata2 sekadar nak lulus exam..tapi apa apa pun sebagai seorang Islam kita kena tahu belajar itu adalah wajib dan kita dituntut untuk mencari ilmu
    • dan yang penting niat nak belajar tu kenalah ikhlas..
    • dan niat nak amik exam pun sama...kenalah ikhlas...bukan sekadar nak lulus semata-mata..tapi jadikan exam sebagai satu penanda aras untuk kita tahu setakat mana kefahaman kita dalam ilmu yang kita belajar...

2)  Mohon restu daripada ibu bapa dan pendidik
    • yang ni hablun minalnas..hubungan kita dengan Allah...selain daripada hubungan dengan Allah..hubungan dengan Allah pun kita kena jaga..
    • jadinya sebelum exam tu eloklah kita jumpa lecturer semua minta dihalalkan ilmu yang telah dicurahkan...selain daripada nak tengok carry mark...hahaha..masa nilah juga boleh nak bodek2 lecturer tu...untung2 dapatlah markah tinggi...betulkan???
    • restu daripada ibubapa juga penting..malam sebelum nak start exam tu eloklah telefon mak ayah dan minta restu..minta agar dorang doakan kejayaan kita hendaknya...INSYAALLAH....

3)  Kuatkan jasmani dan rohani :
    • Jasmani disini maksudnya diri dan tubuh badan kitalah..eloknya kita tidur awal n bangun awal..tubuh pun terasa segar dan bersemangat nak jawab exam..\
    • rohani pun kita kena kuatkan jugak...banyakkan baca Al-quran dan berdoa pada Allah..insyaAllah rohani kita akn kuat..

4)  Yakin pada Diri :
    • Kita juga kena yakin pada diri kita...jangan cuba2 nak jeling orang sebelah..tak baik..yakin apa yang kita dah baca n buat..
    • Satu lagi..apabila kita yakin pada diri..taklah kita frust sangat even tak boleh sangat nak jawab soalan yang keluar..Apa yang penting???yakin 

5)  Tawakal kepada Allah
    • ni yang last n paling penting...lepas dah berusaha apa semua kenalah bertawakal  pada Allah..
    • Allah akan balas apa yang kita buat dengan setimpalnya.

  Okeylah..tu aje yang Am dapat kongsikan kali ini..Semua tips ni hak cipta Am sendiri tau..dengan ilham daripada-Nya..Tak mainlah ciplak daripada blog2 lain..asli tau...kalau ada nak tambah lagi just komen aje..mybe korang pun ad pengalaman sendiri...manalah tahu...

  Bereh boh..

  Assalamualaikum...

Tuesday 5 March 2013



  Lama rasanya tak update dan jenguk blog Am ni.Huhuhu...dah bersawang dah kot..Kepada kawan2 yang sudi jenguk blog Am ni terima kasih banyak2lah ya.Tapi tak smpat Am nak post cerita baru.Sekarang baru sempat.Hihihi...

  Okey,kali ni Am nak cerita pasal lawatan Am ke KL.Lawatan ni sebenarnya adalah final projek koko asas kewartawanan yang Am sertai.Kalau tak join final projek maknanya tak boleh graduate la nanti.Penat2 je belajar kan..

  Untuk lawatan ni Am dengan grup2 wartawan semua pergi ke 3 tempat yang istimewa...hahahaha..memang istimewa.Rugi korang tak join tau.

  First kami pergi kat Pejabat Berita Harian.Tempat cetak papers kita baca hari2 tu.Ni gambar Am n kawan2 masa kat sana.

kat depan pejabat BH


  Seterusnya, kami pergi kat RTM.Best giler time kat sini.Tourist guide dia yang bagi penerangan n tunjuk tempat2 tu sporting giler...Am pun dapat rasa macam mana jadi penyampai berita tau.Baca berita kat depan cam tau.Tapi sedih....tak lepas nak keluar tv..hahaha..

prop kat RTM untuk Selamat
Pagi Malaysia
 

  Kami juga pergi kat UKM. Kat UKM kami mengadakan lawatan ke Fakulti Sains Sosial n Kemasyarakatan untuk melihat macam mana cara pembelajaran kursus mass com di UKM ni...mass com tu adalah kursus komunikasi dan massa.Kat sini dorang siap buat briefing lagi.Lepas tu kitaorang dibawa melawat ke persekitaran fakulti.

Fakulti Sains Sosial n Kemasyarakatan
UKM


Masa di brief oleh pihak UKM
 

  Bab paling best time lawatan ni adalah dinner kitaorang.Best giler makan ikan masam manis.Sotong celup tepung pun lagilah best.Hehehe..

  Selain tu kitaorang jugak ada pergi "melawat" SOGO.Hahahaha...melawat la sangat kan...Tapi Am tak tahu nak beli apa.Jadinya window shopping jelah + cuci mata...

SOGO time...
 

  Last word Am pasal lawatan ni.....GEMPAK GILER BEB...kawan2 grup wartawan memang sporting giler..harap ada lagi la trip untuk kita yerk.Even tak dapat bajet,kita pergi sendiri2 key..hehehehe..

  Okeylah.Tu ajelah untuk kali ni.Semoga happy2 selalu.

  Bereh boh.