Tuesday 18 December 2012

Pengemis 10 sen

Pengemis 10 sen


  Ni post kedua Am sejak aku mengenali dan berkecimpung dalam dunia blog ni.Chewah ayat.Berbunga beb.

  Salam semua.Korang sihat tak beb?kalau tak makan la ubat yer.Tak dapat den nak nolongnyer.

  Best tak tajuk post Am kali ni?pengemis 10 sen.Gempak giler tajuknya.Nak tahu tak kenapa Am buat tajuk tu.Macam ni ceritanya...

  Pagi tadi Am dengan kawan Am ni pergi la kelas dengan harapan yang menggunung tinggi nak belajar.Masa tu ada kelas English.Tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan maka kelas hari tu terpaksa dibatalkan.Hish..kalau tahu la.Awal-awal lagi Am tak datang.sambung tidur jer.Amaran : Jangan meniru perlakuan ini.Hehehe..

  Tapi lecture Am tu dah bagi la tugasan untuk Am dan kawan2 buat.Kira macam tugasan ganti la sebab dia tak dapat adakan kuliah hari ni.Tugasannya,kita orang perlu cari satu artikel,tak kira dalam newspaper or internet tapi pasal sistem pendidikan kat malaysia.About the system of education,university, school or somnething that relate to system of study in Malaysia.

   Kerja ni kena dibuat pair.Duo la.Lelaki dalam kelas Am ada 4 orang ajer.Kita cukup-cukup la tu dua grup.Lelaki dah nak pupus dah.Huhuhu.

  Maka Am dengan partner Am pun dengan bersemangatnya pergilah dekat library universiti ni.Dengan harapan lepas siap kerja tu bolehla balik awal nak tidur.Hampeh...

  Jadi bermulalah misi pencarian Am dalam paper-paper yang berlambak tu.Meliar mata Am mencari tajuk-tajuk pasal education.Akhirnya setelah setengah jam mencari dan sekali sekala baca news-news yang dah lepas terjumpalah Am dengan BFF Am ni dengan satu artikel yang kitaorang rasa sesuailah sangat dengan kehendak lec kami tu.Macam cari harta karun pulak kan.

  So,Am dengan kawan Am ni pergilah kat kedai fotokopi nak buat salinan pasal artikel ni.Nak gunting kesian kat paper  ni.Nanti orang lain nak baca pula.Baik tak Am??hihhihi..

  Dengan girangnya kawan Am ni cakap la kat abang kat tempat kedai photostat tu,

  "bang photostat dua salinan ye,"

  Abang tu dengan penuh dedikasinya pun photostatla paper tu.

  "sepuluh sen dik,"kata abang photostat lepas siap tu.

  Kawan Am pun cari la dalam dompet dia sepuluh sen.Tapi tak de.Ada dua keping RM 50 jer.Dia pun mintak la kat Am sepuluh sen.Abang tu dah pandang lain macam dah kat Am dan kawan Am ni.Ingat kita orang nak gabang dia la tu.Hehehe.

  Am pun cari la kat dalam dompet aku.Pun tak de.Ada RM 50 gak.Baru ambik kat ATM semalam.Takkanlah nak bagi RM 50.Nak ke dia bagi baki RM 49.90Dengan muka tak tahu malu Am pun  cakap kat abang tu.

  "Abang tunggu kejap ye," 

  Abang tu angguk ajer.Am dengan kawan Am pun cari la kawan-kawan kat dalam library ni.Malangnya tak ada sorang pun kawan kitaorang kat sini.Lepak mana entah.Abang tu dah lama tunggu.

  Sekali lagi dengan muka tak tahu malu Am pun jumpalah dengan sorang akak ni.Dengan penuh sopannya Am cakap,

  "Akak ada 10 sen tak?boleh pinjam?"

  Akak tu jawab dengan muka blur + yakin.

  "Tak ada la dik,"

  Dengan hati yang kecewa Am pun melangkahlah pergi.Nak mintak kat siapa ni.Hati Am ni dah cuak ni.10 sen aje.Bukan 10 ringgit pun.

   Nasib baiklah selepas tu ada seorang member Am masuk dalam library tu.Dengan muka penuh mengharap dan kesian Am pun mintaklah kat dia 10 sen. 

  Nasib baiklah dia ada.Alhamdulillah.Dapat la Am ambik salinan fotokopi tu.Kalau tak.....Dialah hero.Hahaha

  Ni sahaja yang Am dapat share hari ni.Bereh boh.

  Wassalam

  p/s;hargailah 10 sen anda.Hehehe..




Artiel yang kita orang fotokopi tadi 

No comments:

Post a Comment