Saturday 26 January 2013

Maulidur Rasul : Sambutnya dengan Penghayatan


  Setiap tahun,pada 12 Rabiul Awal tentunya kita akan menyambut hari kelahiran junjungan besar kita,Nabi Muhamammad S.A.W.

  Kali ni Am nak post berkenaan dengan maulidur rasul.Walaupun dah terlambat,tapi tak salah untuk kita saling ingat mengingati sesama manusia.Insya Allah..

  Sebenarnya,maulidur rasul bermaksud hari bersejarah kelahiran junjungan besar Rasullallah S.A.W.Baginda telah dilahirkan pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571.Baginda merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah untuk umat manusia.

  Selain daripada maulidur rasul,tarikh ini juga dikenali dengan nama yang lain,antaranya Yaum maulid an-Nabi (hari kelahiran nabi) ,Milad an-Nabi (kelahiran nabi) dan sebagainya yang pastinya ia bermaksud hari kelahiran nabi.

  Untuk meraikan tarikh ini,pelbagai acara tentunya telah direncakan dan dijalankan,antaranya ceramah maulud nabi, perarakan,berselawat dan sebagainya.Yang pentingnya,ia perlu disambut dengan penuh penghayatan dan kesederhanaan.

  Walaupun kita berniat sahaja untuk mengadakan maulud nabi,Inyaalllah niat kita itu akan dibalas oleh Allah dengan pahala.

  Post kali ini jugak Am nak menyeru kepada rakan2 sekalian agar memperbanyakkan berselawat kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W terutamanya pada bulan Rabiul Awal ini.Moga2 kita akan mendapat syafaat baginda di kemudian hari.

  Salam.

  Bereh boh.

No comments:

Post a Comment