Monday 4 February 2013

Rezeki Allah

 
  Alhamdulillah...

  Rezeki Allah.Am dah dapat sorang lagi anak saudara.Syukur sekali lagi kepada-NYA.Sebenarnya Am dah ada sorang anak anak saudara.Dah umur dua tahun dah.Jadi anak saudara yang ni merupakan anak saudara kedua Am.

  Am dapat anak saudara perempuan.Hari lahirnya adalah pada 21 Februari lepas.Dah dua minggu dah.Tapi kali ni baru Am sempat nak berkongsi berita gembira ni.Kekangan masa dan kerja kadangkala melekakan Am.

  Am nak citer dengan korang semua feel n perasaan Am bila dpt tahu berita kelahiran baby girl ni.Excited giler Am time tu.Maklumlah.Anak saudara pun baru dua orang je.

  Petang tu Am baru balik kelas.Dalam pukul lima la lebih kurang.Letih sangat masa tu.Lepas solat asar,Am tergerak hati nak kol mak kat kampung.Even dah dua hari lepas dah tanya khabar tapi entah kenapa gatal gak rasanya tangannya ni nak kol mak kat kampung.

  Lepas tu mak Am pun angkat la kol Am tu.Am pun bagilah salam n tanya khabar semua.Mak Am pun cakap,

  "Ma baru balik dari hospital ni."

  "Kenapa?tengok sape?sape yang sakit,"Am tanya.Cuak la gak.Kot2 famili yang rapat lak sakit.

  "Akak masuk hospital.Dah nak bersalin dah.Mak baru je sampai.Tak sempat lagi nak kol bagi tahu,"jelas mak Am.

  Bila dengar akak Am masuk hospital nak bersalin terus Am jadi excited.Maklumlah sorang lagi la kan nak  panggil Am sebagai achik.Tapi pelik pun ada gak coz due akak Am bulan dua.Tak silap Am tengah bulan dua.Ada lagi sebulan sebelum due.

 "Aik awalnya.Bukan bulan dua ke?"tanyaku pelik.

  "Nak buat macam.Kerja Allah.Bukan kita,"sambung emakku.

  Sebab tahu emakku letih.Aku terus minta diri untuk putuskan talian.Sempat Am berpesan suruh kol kalau ada apa2.

  Malamnya,ayah Am kol bagi tahu yang akak Am dah selamat melahirkan baby girl.Rasa nak balik tu membuak2.Ingat nak balik malam tu aje.Nak tengok niece baru.Tapi nasib baiklah hari tu dah hari Isnin.Khamis tu pulak cuti maulud nabi.Maka hari rabu tu Am balik ke kampung.Alhamdulillah gembira rasanya tengaok niece baru.

  Sempat lagi Am snap beberapa gambar.






  
 Okeylah.Ni aje yang dapat Am sharekan kali ni.

  Wassalam.

  Bereh boh


No comments:

Post a Comment