Wednesday 20 March 2013

Tips-tips Menghadapi Exam






  Study week dah lepas.Sekarang ni Am tengah berperang dengan exam.Rasa stress dan tertekan tu tiap2 malam datang dalam jiwa...alah jiwang lah pulak..pengaruh novel banyak sangat nih...hehehehe....

  Am kadang-kadang fikir macam manalah agaknya result exam Am untuk sem ni.Macam mana kalau tak lepas dan tak capai apa yang Am score.Mesti sedih kan???

  Hah..nak tahu..tulah sebenarnya darimana stress tu berpunca.Berpunca pada diri kita yang tak yakin dengan apa yang kita lakukan.Kita tak yakin yang kita dah buat yang terbaik dah kita rasa kita tak akan berjaya....jadilah tekanan tersebut...

  Kali ni Am nak share tips2 nak hadapi exam..berdasarkan apa yang Am tahu dan pengalam Am sendiri menghadapi exam ni..


1)  Betulkan niat kita hadapi exam :
    • tak dinafikan kebanyakan kita belajar semata2 sekadar nak lulus exam..tapi apa apa pun sebagai seorang Islam kita kena tahu belajar itu adalah wajib dan kita dituntut untuk mencari ilmu
    • dan yang penting niat nak belajar tu kenalah ikhlas..
    • dan niat nak amik exam pun sama...kenalah ikhlas...bukan sekadar nak lulus semata-mata..tapi jadikan exam sebagai satu penanda aras untuk kita tahu setakat mana kefahaman kita dalam ilmu yang kita belajar...

2)  Mohon restu daripada ibu bapa dan pendidik
    • yang ni hablun minalnas..hubungan kita dengan Allah...selain daripada hubungan dengan Allah..hubungan dengan Allah pun kita kena jaga..
    • jadinya sebelum exam tu eloklah kita jumpa lecturer semua minta dihalalkan ilmu yang telah dicurahkan...selain daripada nak tengok carry mark...hahaha..masa nilah juga boleh nak bodek2 lecturer tu...untung2 dapatlah markah tinggi...betulkan???
    • restu daripada ibubapa juga penting..malam sebelum nak start exam tu eloklah telefon mak ayah dan minta restu..minta agar dorang doakan kejayaan kita hendaknya...INSYAALLAH....

3)  Kuatkan jasmani dan rohani :
    • Jasmani disini maksudnya diri dan tubuh badan kitalah..eloknya kita tidur awal n bangun awal..tubuh pun terasa segar dan bersemangat nak jawab exam..\
    • rohani pun kita kena kuatkan jugak...banyakkan baca Al-quran dan berdoa pada Allah..insyaAllah rohani kita akn kuat..

4)  Yakin pada Diri :
    • Kita juga kena yakin pada diri kita...jangan cuba2 nak jeling orang sebelah..tak baik..yakin apa yang kita dah baca n buat..
    • Satu lagi..apabila kita yakin pada diri..taklah kita frust sangat even tak boleh sangat nak jawab soalan yang keluar..Apa yang penting???yakin 

5)  Tawakal kepada Allah
    • ni yang last n paling penting...lepas dah berusaha apa semua kenalah bertawakal  pada Allah..
    • Allah akan balas apa yang kita buat dengan setimpalnya.

  Okeylah..tu aje yang Am dapat kongsikan kali ini..Semua tips ni hak cipta Am sendiri tau..dengan ilham daripada-Nya..Tak mainlah ciplak daripada blog2 lain..asli tau...kalau ada nak tambah lagi just komen aje..mybe korang pun ad pengalaman sendiri...manalah tahu...

  Bereh boh..

  Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment