Monday 14 January 2013

Bengkel Kemahiran Kreatif (Part 2 Bengkel Editorial )

  Assalamualaikum semua...

  Post kali ni Am nak smbung balik citer pasal bengkel penulisan kreatif yang Am sertai minggu lepas.Kali ni part 2.Kisahnya pasal bengkel editorial.

  Apa itu editorial???ha,satu soalan yang bijak.

  Edit merupakan proses suntingan terhadap skrip yang diserahkan penulis kepada editor sebelum diterbitkan.Jadinya sebelum sesuatu artikel,novel ke buku ke apa2 diterbitkan ia perlu melalui proses edit dulu.Dalam bengkel nilah Am belajar proses2 yang ada semasa kerja editorial dilakukan.

  Bengkel ini telah dikendalikan oleh Cik Husna bt Hassan wakil dari penerbitan Telaga Biru.Akak ni kira orang famous la jugak di Telaga Biru.Sekarang ni dia kerja sebagai editor untuk majalah GenQ.

  Banyak topik yang telah akak Husna bincangkan dalam bengkel ni.Antaranya,tentang tugas2 editor,proses editor,gaya penyuntingan,tujuan edit dan macam2 lagi.

  Selepas bengkel ni,Am jadi semakin faham tentang tugas2 seorang editor tu apa.Editor ni merupakan orang kuat dibelakang penghasilan sebuah karya.Huhuhu.Tapi kurang famous sikit dari penulis.Sikit aje tau.

  Editor juga mempunyai maksud dia tersendiri iaitu :


  • E  = evaluating (penilaian)
  • D = delete (kurangkan)
  • I = include (menambah)
  • T = trimming (kemaskan)
  • O = organise (selaraskan)
  • R = review (nilai )

  Okeylah.Tu sahaja post Am pasal bengkel ni.Kalau ada apa2 nak tanya just comment je ok.

  Assalamualaikum.

  Bereh boh.

No comments:

Post a Comment