Monday 14 January 2013

Bengkel Kemahiran Kreatif (Part 1 : Penulisan )

  Assalamualaikum serta salam sejahtera semua...

  Minat Am terhadap penulisan sebenarnya dah lama berputik.Sejak dari sekolah rendah lagi.Tapi tak tahu macam mana Am  nak mengekspresikan minat dan kecenderungan tu.Tak ada medium yang sesuailah masa tu kan.Tak macam sekarang ada blog,vlog n berbagai lagi yang Am pun tak sempat nak search.

  Start daripada sekolah menengah Am mula berjinak-jinak mula menulis cerpen dan sajak.Tu pun adalah dua tiga yang lepas piawaian kat paper dan majalah.Tersiar la gak.rasa famous la sikit.Hehehehe...yang lain maybe tak lepas piawaian kot.Hahaha.

  Lepas masuk U ni,Am try pulak nak tulis blog.Tu pun sebab wifi kat sini laju.Hahaha.Boleh la Am asah lagi bakatkan?Panjang pulak mukaddimah kali ni.

  Hujung minggu lepas PPKU UniSZA (Persatuan Penerbitan Kreatif Unisza )ada buat satu program bertajuk Bengkel Kemahiran Kreatif.Yurannya cuma RM 3.Berbaloi sesangat jika nak dibandingkan dengan ilmu yang Am akan dapat.So,hujung minggu tu pun Am free,jadinya Am pun join lah progran tu.

  Bengkel tu dipecahkan kepada dua bahagian iaitu kemahiran penulisan dan kemahiran mengedit.Post kali ni Am nak cerita dulu pasal kemahiran penulisan.Untuk kemahiran mengedit tunggu part 2 yer.Ada sambungan tau.

  Okeylah.Untuk Kemahiran penulisan,bengkel ni dikendalikan oleh Bro Hamzah.Kenal tak siapa?kalau nak kenal dia adalah blogger kat langitIllahi.com.Search tau.

  Dalam bengkel tu banyak ilmu berkaitan penulisan yang Am dapat kutip.Untung sangat join ni tau.Yang paling terkesan kat jiwa Am adalah kata-kata dia.Lebih kurang macam ni la kata2 dia :


    "Setiap penulisan perlu ada nilai syurga dan neraka kerana ia adalah cara kita berdakwah secara halus"


  Hah.Kini baru Am sedar.Setiap tulisan Am akan dibaca oleh rakan blogger sekalian.InsyaAllah.Dan jika tulisan Am mengajak ke arah kebaikan dan rakan-rakan sekalian megikut,InsyaAllah Am pun akan mendapat pahala kebaikan yang berterusan.Alhamdulillah.Besarnya menfaat penulisan ni.

  Selain tu Bro Hamzah jugak ada menyelitkan beberapa tips-tips untuk menjadi penulis yang berjaya seperti Habiburahman El-Shirazy..ala yang tulis novel Ayat2 Cinta tu.

  Contohnya penulisan kita perlu ikhlas lahir dari hati,niat hati tak nak publisiti dan cara penulisan tu perlulah moden dan mengikut trend.Maksud ikut trend katsini adalah gaya bahasa penulisan tu mestilah mudah difahami dan santai...take note tau SANTAI !!!

  Sebab tu la orang minat nak baca.Contohnya novel cinta yang tengah popular sekarang,Suami Aku Ustaz.Hahaha.Am pun layan gak tau.Sapa yang dah baca mesti terhibur dengan gaya penulisan dia kan.Simple aje.

  Untuk kali ni tu ajelah yang Am dapat kongsikan dengan kawan2 semua.Am juga kat sini ada selitkan anologi untuk MENULIS tu sendiri daripada Bro Hamzah.



  • M = menembusi hati (gaya penulisan)
  • E  = enjin dakwah sejak berzaman
  • N = nilaian Islam mesej utama
  • U = ubah gagasan manusia
  • L = luruskan pemikiran insani
  • I  = ilmu milik bersama
  • S =senjata berpeluru menyerang musuh


   Assalamualaikum.

   Bereh boh.

 

No comments:

Post a Comment