Sunday 13 January 2013

Gejala Murtad di Malaysia

  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

  Kali ni Am nak share yang benda yang penting dengan korang semua.Maybe hal ini agak berat tapi sesekali kita perlulah lari dari norma masyarakat yang menyenangkan.Ewah2 skema pulakkan Am kali ni.

  Post Am kali ini berkisar satu tajuk pasal murtad.Hah.serius bukan.Alkisahnya macam ni.Am nak cerita pasal benda ni kerana Am ada satu assignment pasal gejala murtad kat Malaysia.So,sebagai student yang bersemangat lagi berdedikasi maka Am pun carilah semua benda dan sumber2 berkaitan dengan hal murtad ni.

 Semua benda la nak kena search.Contohnya (jeng..jeng..jeng..)


  • Apa itu murtad?
  • Sebab2 atau punca2 murtad?
  • Kes2 murtad di Malaysia..
  • Tindakan atau kesan terhadap orang yang murtad..
  • n banyak lagi...
  Macam tulah sedikit sebanyak yang Am search serta cari(sama la tukan?).Kat sini Am nak kongsikan satu buku yang Am kira sangat menarik untuk kawan2 sekalian baca.Promote sikit buku ni.Hehehe...

  Bukunya bertajuk Murtad : Jangan Pandang Sebelah Mata oleh Ann Wan Seng.Sekali sekala promote buku apa salahnyakan?hehehe.Warga blogger pernah dengar tak penulis nama Ann Wan Seng?Kalau yang belum pernah dengar ni Am citer sikit.

  Ann Wan Seng ni sebenarnya seorang mualaf.Muslim la.Alhamdulillah.Dia memeluk Islam pada tahun 1996.Dia ni dah banyak tulis buku.Dah lebih 30 buku dah.Dia juga pernah menulis kat kolum dalam majalah Dewan Kosmik,Dewan Siswa dan banyak lagilah.

  Sebab utama Am share buku ni kat korang adalah sebab Am tertarik dengan satu topik dalam buku ini.Topik itu ialah realiti kes murtad kat Malaysia.Dalam topik ni diceritakan kisah2 murtad yang pernah menggemparkan negara.Contohnya,Aisyah Bukhari,Hartina,Norfazilah n yang paling famous Lina Joy.

  Disebabkan itulah Am rasa terpanggil nak kongsikan pasal tajuk tu kali ni.Sebenarnya banyak lagi kes2 yang masih terperuk kat mahkamah syariah tu.Tapi tak didedahkan.MasyaAllah.Seriusnya.Kalau korang berminat nak beli atau cari buku ni Am ada postkan sekali gambar buku ni.Moga2 kita semua dikuatkan iman.Amin.

karya Ann Wan Seng



  Setakat itulah post Am untuk kali ni.Assalamualaikum semua.

  Bereh boh.



No comments:

Post a Comment